16 November 2013
10 November 2013
25 keluarga terima bantuan Maal Hijrah Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam
Seramai 25 keluarga di
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang di sini terharu dengan
kunjungan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam yang turut
menyampaikan bantuan sempena program Ziarah Kasih Maal Hijrah 1435 pada 5 November 2013.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Fauzani Salubin berkata,
program Ziarah Kasih Maal Hijrah itu adalah yang pertama kali diadakan
selepas beliau menang tanpa bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan
parti baru-baru ini.
Menurutnya, program itu diadakan bagi memastikan masyarakat yang
berada dalam kesusahan terbela selain bertanya khabar kepada penduduk
sekitar tentang situasi terkini mereka.
"Dalam program ziarah ini, seramai 25 keluarga diziarahi oleh dua
kumpulan iaitu di kawasan Parit Sagil dan Kota Dalam bagi menyampaikan
sumbangan daripada UMNO Bahagian Ayer Hitam.
"Terdapat keluarga yang menerima bungkusan barangan keperluan asas
dan bagi yang mengalami kesulitan kehidupan mereka turut diberikan
bantuan kewangan sebagai usaha meringankan beban mereka," katanya.
Fauzani memberitahu, program tersebut merupakan sebahagian daripada
aktiviti UMNO Bahagian Ayer Hitam sempena Maal Hijrah selain ceramah
agama yang diadakan pada malamnya.
Sementara itu, pasangan penerima bantuan, Suhaimi Sulaiman, 76, dan
isterinya, Fatahol Jannah Sidek, 68, mengucapkan terima kasih kepada
UMNO Bahagian Ayer Hitam yang memberikan sumbangan tersebut.
"Terima kepada semua pihak yang terlibat dan datang menziarahi saya
dan isteri. Saya doakan semoga Allah membalas jasa baik kamu semua atas
kebaikan yang telah dilakukan.
"Saya bersyukur dengan pemberian ini kerana walaupun terdapat banyak
rumah yang dikunjungi oleh Pemuda UMNO, namun mereka sempat singgah ke
rumah saya untuk memberikan sumbangan dan menikmati minuman yang
disediakan," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)